operasi yang gagal
cerita dipetik dr laman jurnal manmoncang
P O A D
Ni semua gara-gara si Mie + kus ngan Si Kerul. Kalau tak sure sekarang ni aku tengah syok-syok dok tengok TV kat rumah. Aku tak tahu nak cakap macam mana kat bos aku yang aku tak dapat datang kerja esok. Apa alasan aku nak kasi. Takkan aku nak kata aku masuk lokap kat Sg Buluh ni. Takkan aku nak kasi tau yang polis tangkap aku. Mati lah aku. Sure kena buang kerja punye. Aku mati kutu dalam bilik tak bertingkap ni.
6.30ptg tadi lepas je aku kena sebat 2..3..kali dengan malaikat Allah sebab lambat solat asar, aku gi Mid Valley ngan Mie + kus ngan si Kerul. Piala Dunia punya pasal. Masa kat opis tadi masa on the way balik ke tempat aku dari toilet, aku terbaca paper...piala dunia akan dipamerkan di Mid Valley hari ini sahaja sampai pukul 9.00mlm. Aku pun terus call Mie + kus ajak gi Mid Valley. Tiba kat parking, Mie + kus ngan Si Kerul pelan-pelan masukkan pistol Jebon dalam poket seluar Dockers aku.
"Kita pastikan piala tu di bawa balik". kata Mi + kus dengan sora paling tak best. Si Kerul cuma angguk2kan kepala je. Aku panik, ngelabah macam laki yg bininya nak terberanak dalam keta. Sebab aku simpati dengan muka Mie + kus yang monyok tu..aku pun ok je. Dalam hati cuba memberanikan diri dan mengingati semua gerak langkah silat yang aku tuntut kat Ijah dulu dan juga taktik peperangan yang Osama kasi dalam bentuk buku kat aku hari tu.
Tiba je kat depan park guard tu Mie + kus membuat tindakan drastik. Dia peluk amoi seksi kat situ dari belakang.
"Jgn bergerak semua, kalau tidak minah ni akan ku bunuh", sebiji ayat mie + kus macam dalam drama gerak khas the movie.
"Poad ngan kerul, cepat amik piala tu", Mie + kus mengarahkan aku mengambil piala tu. Satu Mid Valley menjadi gempar dengan tindakan kami. Dalam masa 5 minit polis telah penuh dan mengepung kami. Kami jadi panik lalu cuba melarikan diri.
Dan akhirnya....aku diketuk oleh park guard sebab dah sepuluh kali orang panggil nama aku sebab dah tiba giliran aku amik gambar kat depan Piala tu, tapi aku buat bodo je. Ceh....terberangan lak aku. hampehhhhh....(gambar tu tak dapat discan lagi sebab scanner aku ada kompliks ngan Video in and out card PC aku).
satu citer rekaan yang sedikit sebanyak menonjolkan watak mie sebagai hero......