Friday


Lawatan ke Taman Bahagia

semalam member aku belanja .... kitaorg janji jumpa kat depan giant kelana jaya.... memandangkan aku tak tahu tempat tu.... aku pon naik putra... parking motor kat pasar seni..... naik la putra...nasib baik org tak ramai...... sampai kat stesen taman bahagia.... aku naik bas.....

aku tak penah pegi giant kat kelana jaya... aku bayangkan giant yg hypermarket tu......member aku call

as: woi mie kot kat ner nie
mie: dlm bas la... aku tak nampak pon giantnya....
as:dah lama ke ko dalam bas nie
mie:adela dekat 15 minit.... aku kat area perumahan mana ntah nie
as:ko dah telajak kot....
mie:aku rasa begitulah.....tensen la aku camni

zura cakap pulak

zura:nanti ko sampai balik kat stesen putra... amik teksi....
mie:tengoklah
zura:jangan tengok aje...kitaorg tunggu nie
mie:okey...

jadi macam wakil rakyat pulak.... tengok kawasan.... naik kat situ turun pon kat situ... pastu aku amik teksi.... dlm 5 minit... dia tanya aku

drebar teksi:turun sini boleh
mie: boleh (dlm hati aku bertanya mana giantnya ...tak namapk pon)

lepas bayar tambang... aku bukak pintu tengok member aku dah ada kat situ...aku tanya diaorg mana giantnya....
tu haaa.... la giant kecik rupanya.... aku ingatkan yg bapak giant yg besar gitu gitu tu.....

waktu maghrib pon dah masuk... semayang dulu... lepas
santapan rohani
kitaorg pegi santapan pizza pulak.....kenyang giler.....alhamdulillah

esok aku nak citer pasal putra yang mengecewakan
TUNGGU


Thursday

Sandiwara baru akan timbul sedikit masa lagi dengan ada puak yang berpakaian ala pejuang Mujahidin Afghanistan mengamuk dan menembak serta mengganas di negara ini. Dengan adanya sandiwara ini maka rakyat Malaysia di ajak meyakini kononnya memang ujud para pejuang Mujahidin di kalangan ahli Pas. Selepas sahaja insiden ini berlaku maka satu akta baru akan di bentuk oleh Rais yatim dan tindakan yang drastik akan di ambil terhadap parti Pas. Inilah sandiwara yang sedang dirancang oleh Mahafiraun dan Dolah Badawi.

Sandiwara VCD lucah sudah pun sampai ke ‘Klimaks’ nya dengan pengharaman penjualan VCD secara terbuka. Yang mana fokus utama adalah para peniaga CD dan Kaset ceramah-ceramah Pas dan keADILan, fokus utama bukanlah penyebaran VCD lucah itu sendiri. Kalau tak percaya, kita lihatlah nanti selepas sahaja semua peniaga CD dan Kaset Pas dan keADILan di rampas dan di sumbat ke Gua Maut maka akan timbul balik tauke-taukey VCD yang menjual secara terbuka. Sandiwara ini dinamakan ‘Sandiwara Blues’, maklumlah VCD ‘Debat Olok Umno’ amat laris macam goreng pisang dan si Mahafiraun itu amat malu dengan kelakuannya serta kebodohan ulama Umno dalam Debat tersebut. Maka taukeh-taukeh VCD yang menyara mereka sebelum ini telah di berikan ‘Signal’ yang arahan ini hanya sementara untuk mereka.

Sandiwara ‘Black Metal’ pula sedang rancak di jalankan, ini adalah untuk membolehkan ramai ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menyertai Puteri Umno akibat takutkan anak-anak mereka terjebak dengan kumpulan ‘Black Metal’. Malah dalam taktik Umno itu sendiri memfitnah bahawa ‘Black Metal’ di sokong oleh Parti Pas. Apa punya gila !

Mana hilangnya Kes Dato’ Fauzi Abd Rahman?
Mana hilangnya Kes Dato’ Abu Hassan Omar?
Mana hilangnya cerita si Samseng Rahim Noor?
Mana hilangnya Kes Pembelian MAS?
Mana hilangnya Kes Pembelian Renong?
Mana hilangnya cerita Penderitaan Ezam, Badrul Amin dan lain tahanan ISA?
Mana hilangnya Kes Rawatan Anwar Ibrahim?
Mana hilangnya Kes KWSP?
Mana hilangnya Kes Tabung Haji?

Maka aku amat yakin sekali, Mahafiraun dan adik Firaun si Dolah Badwi akan melancarkan satu lagi pementasan Sandiwara ‘Teater’ untuk mengutip pejuang-pejuang Pas dan keADILan sehingga ke akar umbi nya. Siapa yang berani nak marah mereka?…orang UMNO nak marahkan mereka? Hahahaha…. Bukankah U.M.N.O itu bermaksud ‘Untuk. Money. No. Objection’ (UMNO)

Bukankah Puak-puak Elit di negara ini semuanya Dayus? Mengaku sahaja Melayu. Dulu bukan main lagi UMNO membantah penubuhan Universiti Merdeka yang di anjurkan oleh Lee Kim Sai (Ketua MCA) ketika itu sehingga Najib anak Razak tu tak sedarkan diri mengamuk konon marahkan puak Cina yang pijak kepala Melayu. Sekarang ini yang peliknya UMNO pula yang meng ‘Offer’ kepada MCA supaya menubuhkan Universiti Kaum Cina. Apakah UMNO sudah Gila? Atau Melayu sudah sampai ke akhir zamannya? Atau sememangnya MAHATHIR MOHAMED telah berjaya dalam ‘Perjuangan Belum Berakhir’?

Pikir-pikir.

LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR!

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam

http://www.mahazalim.net/aug01/090801zab.html

Tuesday

Dari Jemapoh Ke Manchestee

Dari Jemapoh Ke Machestee akhirnya ditayangkan di Malaysia. setelah terperap 5 tahun akhirnya dapat tengok jugak.... aku mengambil kesempatan nie untuk mempromosikan laman web DJKM...



http://www.artsee.net/jemapoh





Beriman di mulut hati berlumut
beriman di lidah hati menyalah
Lidah bercabang langkah menyilang
cakap berlecoh perangai tak senonoh
Tamak harta mabuk dunia
loba pangkat lupa akhirat
Kemaruk puji lupa diri
Ketengah memfitnah ketepi mendengki
kelaut menghasut kedarat mengumpat
Ke hulu menipu kehilir menyindir
ke atas mengampu ke bawah melapah
ke gunung menyombong kelurah menista
Berkawan dengan setan berguru pada nafsu
Beraja pada selera bersahabat pada maksiat
Berlabuh pada yang tak senonoh
Berhenti pada yang keji
Bergantung pada yang serong
Berpijak pada yang merosak
Bersandar pada yang ingkar

http://www.mahazalim.net/aug01/030801zad.html

Sunday

KEBERKATAN SURAH YASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca SurahYassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

genap 52 tahun

ari nie genaplah 52 tahun usia bapak aku..... kalau tak silap aku..... tarikh yg sama bom atom diatomkan di hiroshima...... nak beli apa yek ..... sebab terus terang aku cakap ..... aku nie jenis tak pandai sangat menghargai org..... tapi aku berusaha untuk buat yang terbaik.....

pc aku pon dah selamat diformat.... terasa menyesal gak sebab banyak fail dah hilang.... yang aku nyesal sbb banyak fail yg saiz besar aku tak boleh backup.... bila format prestasi komputer aku masih ditahap kucing berlari..... argggghhhhh ...... abis mp3 hilang.... kalau format berkelajuan rimau best jugak.... beli lain kang abis lak duit aku.....

semalam pegi pc fair.... abis duit gaji aku 2 bulan..... ingat nak beli pentium 4 tapi tak cukup modal.... beli pentium 3 pon okey la..... janji boleh jalan....... mulai skang aku boleh setat balik membina www.jurnal.dot.nu setelah seminggu tak diusik.......... keje yg jiran aku bagi pon tak buat lagik..... dia suruh design untuk satu fakulti universiti..... camne yek... nasib baik duedate 11/8.... nak kena buat elok elok.... kalau tak malu la ngan dia..... waktu dia tanya aku boleh buat ke tidak.... aku kata boleh.... tak boleh bertangguh nie.....

cuti minggu lepas ingat nak tengok citer DARI JEMAPOH KE MANCHESTER.... yang aku musykil ...... pengarah citer tu org kuat reformasi..... kena tahan kat ISA pulak.... dan waktu skang baru keluar citer tu.... apsal lepas 5 tahun baru citer tu ditayangkan.... nie mesti masalah birokrasi nie..... harap harap minggu depan masih ditayangkan..... pasal cuti semalam tak sempat nak tengok......