Friday

eksiden

sian member aku semalam... on the way nak ke rumah aku... dia akseden ngan motor.... kawasan tu memang selalu eksiden..... nasib baik budak bawak motor tu tak apa apa .... motor aje rosak.... member aku tu nak potong lori tapi tak dapat... motor pulak tak berlampu.... plan nak pegi keni rogers.... tak jadi la.... pegi panggil toink tarik kete.... pasal tayar depan pecah.... settlekan hal motor lagik..... kawasan tu org indon punya tempat.... nasib baik org tengah tu okey jugak...... kira member aku bayar la.... sian dia.... baru masuk gaji... dah nak kena kuar dah.... balik nie singgah kedai motor kejap..... tengok berapa kena bayar...... aku pon jadi org tengah jugaklah.... la.... dah kol 130 ... kena balik dulu.....kalau tak lambat pulak......

Wednesday

kadar penulisan jurnal menurun

KHAMIS, 27 September 2001 - Kadar penulisan jurnal semakin menurun disebabkan ia tidak naik. Jika ia naik kita tidak panggil ia menurun sebaliknya menaik. Walaupun terdapat sebilangan bomoh yang menurun ia bukanlah punca utama terhadap menurunnya penulisannya dalam jurnal. Serangan WTC juga memberi kesan kepada penulisan jurnal. Ada yang kini beralih arah menulis jurnal berkaitan serangan tersebut. Ada juga yang lebih banyak menumpukan kepada perkara berkaitan seperti membaca akhbar, melayari laman CNN, CNI, BBC, BBQ, Utusan Meloya, Berita Hairan dan sebagainya. Lebih ramai yang ingin berperang daripada mereka yang ingin mengelakkannya. Mereka diharapkan agar tidak lupa untuk menulis dalam jurnal. Jangan terlalu asyik dengan serangan tersebut. Kerana sekarang terdapat tanda tanda untuk menyerang sesiapa yang tidak mengupdate jurnal mereka.

Monday

mengantuk itu indah
tido lagi best

mengantuk betul ari nie..... semalam pukul 3 tido..... bukan buat keje mende.... ngadap komputer aje... dah la dok kat kerusi yang keras macam kayu..... sakit pinggang aku..... rosaklan tulang sepultura aku..... dapat gaji nanti nak beli kusi lain la.... yg lembut... yg sesuai untuk ngadap komputer..... baru buat keje nampak best aje..... takdela sakit belakang dan leher.....

semalam baca jurnal nett.... dah bukak kembali jurnal dia..... baguslah la tu.... tahniah aku ucapkan.....

sempena bulan rejab nie..... aku nak korang baca satu artikel pasal kelebihan berpuasa di bulan REJAB


Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya;

· Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.

· Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

· Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.

· Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.

· Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.

· Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.

· Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu di samping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.

· Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.

· Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

· Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.

· Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.


Sempena kedatangan Rejab yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan. Perbanyakkan puasa dan doa semoga kesejahteraan yang kita miliki sekarang akan berkekalan selamanya. Tidak lupa juga panjatkan doa kepada Tuhan semoga keselamatan kita khususnya dan umat Islam seluruh dunia amnya akan terus terpelihara. Selain itu, jika ahli komuniti SHUKUR mempunyai tips amalan atau zikir-zikir yang boleh diamalkan di bulan mulia ini, marilah berkongsi dengan kami.

http://www.shukur.com

Sunday

biar buta mata jangan buta hati

mengantuk betul hari nie.... dekat pukul 3 tido semalam.... sempat lagik nyembang ngan napang..... memanjang online dia..... maklumlah dah abis peksa..... pukul 730 jam bebunyi.... bisnglah....orang nak tido nie...... nasib baik mak aku kejutkan.... kalau tak kena pegi klinik la aku.... amik cuti..... demam tekejut bangun lambat..... masalah pembangunan makin teruk skang nie.... terutamanya pembangunan dari tido.....

walau mengantuk pon kene pegi keje jugak...... takkan amik cuti aje..... nak simpan utk raya sama..... ari nie makan besar la aku ..... kalau ikut emel yg aku dapat tadi.... ade bos nak banjer kitaorg kat Royal Lake Club Tasik Perdana..... mungkin meraikan member aku yg baru kawin tu agaknya..... nasib baik aku datang opis..... kalau tak aku ttunggu kat Club aje la.......

lagi seminggu berisi semula la poket aku..... skang semua main duit besi aje...... isi minyak kelmarin aku bawak 20 keping duit 10sen..... baru padan muka aku..... masa ada duit .... rasa macam dialah org paling banyak duit...... tapi bulan nie malang skit.... banyak mende pakai duit..... tipon aku ilang.... beli lain .... pakai duit jugak..... pegi konvo UUM ... pegi padang besar... pegi bukit kayu hitam.... semua itu duit...... minggu lepas tu pegi genting..... duit lagi..... duit duit dimana kau duit..... dlm bank pon dah minimum...... bagus jugak... sekurang kurangnya mengajar aku erti susah tanpa duit..... takpe minggu depan berisi la sikit....... baru aku boleh tersenyum kembali.......

walhal duit bukanlah mende utama dlm hidup..... kekadang kerana duit kita begaduh..... kerana duit putus saudara..... kerana duit kita terbunuh dan membunuh.....
sabtu + ahad

ari sabtu cuti..... cuti pasal malaysia julung kalinya menang sukan sea ......tahniah pada semua atlit malaysia sebab menaikkan taraf sukan negara dan kasi cuti setengah hari.... apsal tak kasi cuti 1 hari betul..... bulan nie aku macam keje 5 hari seminggu aje..... dah dua kali sabtu tak pegi keje..... jadi untuk melengkapkan cuti ari sabtu.... sabtu depan aku merancang untuk ponteng lagik...... bukan ponteng...... mungkin aku demam.... ataupun mungkin aku balik kampung.....

ari ahad merangkap hari semalam.... sepatutnya pegi jumpa geng exile...... pasal suraya dtg dari johor.... tapi disebabkan beberapa masalah aku tak dapat pegi jumpa diaorg ....maaf bebanyak.... nanti kita eunion semula...........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz