Friday

selamat bercuti

selamat bercuti untuk semua...... nak pegi genting naik kete kebel...best nye

Thursday

Sambungan Syarahan oleh Ustadz Dr Hj Jamnul Azhar

Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum
1. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
2. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yg apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. 3. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama di atas.Cara minum, seteguk, bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkawin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkawin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu
amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'abah.

Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi ini. .

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yg bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah ia memijakmijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama,
Fi amanillah
Jazakallah Khairan Kathiran

Mohamed Ariffin
Information Systems
SESAMi Inc
Tel :3722 619
Fax: 327 2021

Tuesday

amerika kena bom

dasat betul peristiwa pengeboman semalam...... ade tiga bijik kapal terbang..... 2 langgar pusat dagangan amerika dan 1 langagr pentagon...... jgn la jadi apa apa lagik lepas nie.....

PETIKAN DR EMEL : Syarahan oleh Ustadz Dr Hj Jamnul Azhar lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang agama dan kedoktoran.

Tajuk syarahan yg diberi ialah Penyakit Berjangkit, Bala dari Allah atau dari kerosakan manusia. Jadi pada permulaan syarahan dia memberi kesimpulan bahawa setiap penyakit itu datangnya ari Allah, tetapi manusia ada menyumbangkan faktor-faktor kepada penyakit-penyakit yang sedia ada. Kita sebagai manusia telah dipertanggungjawabkan keatas kesihatan badan kita, maka kita haruslah berusaha supaya diri kita dalam keadaan sihat agar dapat beribadat kepada Allah. Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yg maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan kita dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasulullah akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yg dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

-> akan bersambung

Monday

malam di hong leong

hujan dah berenti.... dan aku masih disini.... dah lama aku tak melepak kat opis macam nie..... cari bahan skit untuk projek esok.... banyak jugak icon yang aku dapat.......

tengah burn cd nie.... lambat la pulak..... tido la kejap.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday

akukah yang bersalah

MIE.... aku rasa kau dah buat silap ngan seseorang.... mungkin tindakan kau agak terburu buru.... takpelah bawak bersabar kena setiap yang bermula pasti berakhir..... kau kena tanggung segala tindakan yang kau buat .... kau kena berani sebab hanya kau yang boleh ubah kehidupan dan masa depan kau...... belajarlah terima kenyataan...... aku doakan semoga ia berakhir dengan sesuatu yang indah dan menggembirakan......

SESUATU YANG INDAH

Kekasihku... aku telah mengenalmu sekian lama
Sepatutnya aku bisa mencintaimu sepenuh hati
Kuharapkan engkau dan aku saling mengerti
Bukan menyakiti
Tak perlu lagi ada pertengkaran

Kini aku temukan, telah aku dapatkan
Jauh sudah tersimpan
Sesuatu yang indah dari dirimu
Semoga aku bisa
Mungkin pun aku mampu untuk dapat
Memberikan tulus hatiku
Membahagiakan hatimu

Kekasihku.... betapa aku tak pernah
Dapat membuaimu dengan kata kata cinta
Yang mungkin bisa menyejukkanmu
Sungguh aku masih
Ingin terus mencari dalam jiwamu
Rasa ini ingin kuakui

Kekasihku.... maafkan aku
Jika tak dapat mampu membahagiakanmu
Memelukmu dengan rasa cinta

PADI
semalam yang hangat

semalam khai ngan chai datang tido kat sg buloh.... pasal pepagi hari nie kitaorang nak pegi Bentong .... Tahniah kepada pasangan Zulq & Norq ... semoga berbahagia keanak cucu......

balik tadi pon dah petang..... ingat nak singgah Air Terjun Lentang.... ujan la pilak jadi kitaorg singgah minum kat hentian ke Genting Highlands tu.... makan mee kari.... best jugaklah.....

balik rumah pukul 8 dah tido.... pukul 10 bangun balik pasal ada mende lagi nak kena buat..... banyak sangat bertangguh keje tak jalan la pulak.... esok pon ingat nak demam la.... amik mc la..... cuti lagik ?.... cutilah MIE selagi cuti tu ada.....